Friday, May 7, 2010

Keunikan Warisan Budaya Malaysia

Masyarakat kita terdiri daripada pelbagai jenis kaum dan agama.Setiap kaum di Malaysia mempunyai budaya yang unik dan warisan budaya tersendiri.Contohya, terdapat perbezaan antara tarian,muzik,bahasa dan dialek yang digunakan oleh pelbagai kaum.Walau bagaimanapun, semua kaum saling mengenali warisan budaya tersebut.
Seni tari merupakan sebahagian daripada budaya kita.Dalam masyarakat tradisional, tarian dipersembahkan semasa majlis keramaian.Budaya ini wujud sehingga ke hari ini.Walau bagaimanapun, terdapat tarian tradisional yang diubah suai mengikut perkembangan semasa.Tarian biasanya diiringi denagan muzik. Alat-alat muzik terdapat dalam pelbagai jenis dan berbeza mengikut kaum.